ASNAF FOOD TRUCK

Perniagaan adalah salah satu cara untuk menja pendapatan yang amat digalakkan oleh Islam. Pelbagai program motivasi, nasihat, bantuan samada dari segi fasiliti mahu pun kewangan telah dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta di negara ini. Badan-badan kerajaan seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS), Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Baitulmal, Pusat Zakat Negeri Sembilan dan lain-lain. Malah badan-badan kerajaan ini berusaha untuk memberi peluang kepada golongan asnaf untuk menjana pendapatan sehingga mampu membuka peluang pekerjaan kepada yang memerlukan.

Antara segmen program tersebut yang telah berjaya adalah perniagaan Food Truck atau Gerai Makanan Bergerak, dimana ianya telah menjadi satu fenomena global dan mulai mendapat perhatian di Malaysia. Kerjasama akan digarap bersama beberapa badan zakat untuk menaja beberapa tempat untuk FoodTruck yang akan dikendalikan oleh peniaga asnaf. Selain dari memberi peluang kepada peniaga asnaf ini menjana pendapatan tambahan, Asnaf Food Truck juga sedikit sebanyak membantu memperkenalkan Malaysiana Palate atau citarasa Malaysia kepada delegasi antarabangsa sepanjang minggu HZPS 2017.

Food Truck Asnaf ini akan beroperasi disekitar lokasi program di Putrajaya dan Dataran Putra pada 29 dan 30 Julai 2017 bersempena program Majlis Tafaqquh Fiddin dan Majlis Zikir Perdana Sedunia 2017.

GALERI