1ST WORLD SAMA’ FEST

1st World Sama’ Fest adalah satu pertunjukan yang mengumpulkan persembahan-persembahan dari beberapa benua sebagai satu tanda perpaduan ummah dalam cinta kepada Allah SWT dan juga Rasulullah SAW bersesuaian dengan tema ‘Unity in Love’. 1st World Sama’ Fest bertujuan mencetuskan kebangkitan peradaban Islam dari sudut hiburan yang menepati syarak secara wara’.

Persembahan 1st World Sama’ Fest digarisi dengan 3 pendekatan iaitu;

  • Pautan hati kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW
  • Membangkitkan perasaan rindu kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW
  • Merayakan kedua-dua ini.

Ia juga merupakan satu usaha untuk mencetuskan satu evolusi ke arah membina peribadi insan kamil melalui hiburan yang hakiki. Harapan kami, agar usaha ini akan mencetuskan satu fenomena yang segar dalam masyarakat. Untuk mereka yang bakal menghadiri konsert ini, kami akan berusaha untuk menjadikan konsert ini suatu pengalaman yang bukan sahaja menghiburkan dan menakjubkan bahkan turut menusuk ke kalbu kalian.

RELATED ARTICLE

VIDEO

GALLERY

NEWS FROM OTHERS MEDIA