AHMAD ZAHID HAMIDI’S MARHABAN TROPHY COMPETITION

Seni marhaban atau lebih dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan “Selamat Datang” dan seni kompang selawat adalah dua cabang seni warisan dan khazanah Islam di Nusantara. Kedua-dua cabang seni ini yang pada awalnya telah diperkenalkan oleh para pendakwah Islam diperkenalkan sebagai salah satu cara dan kaedah untuk mereka berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa tersebut. Ternyata cara yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini.

Marhaban adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi semenjak penghijrahan Rasullullah SAW dari Mekah ke Madinah. Berbeza dengan marhaban, kalimah selawat adalah ucapan ’taufiqi’ yang diajarkan oleh Allah SWT. Seiring dengan pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh dalam kalangan masyarakat Arab, ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan pujian terhadap Baginda Rasulullah SAW. dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah SWT.

RELATED ARTICLE

VIDEO

  • Event Video

GALLERY